About Me

My photo
Cheras, Selangor, Malaysia

Friday, December 23, 2011

FAMILY DAYZZZZ....

hurm..taun nih my ofis wat family day kat GOLD COAST MORIB, SEPANG....kitorang g 26 - 27 Nov. 2011...pew lg, jom usya2 d' pic.... =)


Hehehe....pix copy kt website jew..... ngeh3....

nih br jew smpai...wit my frens... =)


pape pun kite isi pewut dulu...yew la kn...masing2 da janji gerak lam kul 11 a.m, smpai Morib around 3 p.m gak r...maklum r, 1st time g Morib nih jalan xbape nk tau...weeee~ ~ ~...


~MDM MAWARNI~   posing e2 wajib kan...hehehe....


UMMU HABIBAH a.k.a ANGAH'S FAMILY.......
(awi....mulot awak tomey r!!!!! hihihi...)


alahai anak mama....nape dipejam mate 2 sayanggg....


posing ape nih sayanggg...


xtvt petang.... sesi memanaskan badan....kite senamrobik dulu..!!!!!
mmg besttt!!!!


hurmmmm... no komen.. ('',)








AKSI APE YG AKU WAT NIH... HUH!!



 
fahim ngn mukenye yang tiada 'perasaan'.....

 
anak mama nih....pandang ke laen lagiiii......



DINNER TIMEEEE.....!!


TASHA yg sangaaaaaat comeyy!!!

ANGAH'S FAMILY....





A VERYYYYYY LUVLY COUPLE!!!
I YG JELES U KNOW....HIHIHI...

SANGAT JELES SBB SY XDE....
xcukup korum nih...hukhuk...


saye xde kn dlm pix di atas....haaaaaa......time nih saye da balik bilik...
my prince da buat prangai....xreti duduk diam...gamaknye,kene balik bilik
awal sblm dinner habis.....huhuhu...



JOM KITE LENJUNNNN!!!! HEHEHE....









SRONOT SGT MAEN NIHHH!!!!! ~WEEEEE~





Ok....tadi mak2 yg men.....kali nih bapak2 lak yg men...hehehe...

 
 


NK BUAT PEACE LA KONONNYE TU... =)









Tuesday, December 20, 2011

ARIFF ALFIAN ROSLI PELAJAR MALAYSIA KAHWIN GAY.. MEMALUKAN!!

Isu mengenai seorang pemuda yang memakai baju Melayu serta bersampin dan bertengkolok di kepala sedang mencium pasangannya yang juga seorang lelaki (Eropah) dalam satu majlis perkahwinan bersama pasangan gay’nya,bernama Jonathan telah mencetuskan kontroversi yang hebat diperkatakan di internet.
Berpandukan sumber-sumber yang terdapat di internet memberitahu bahawa pemuda ini bernama Ariff Alfian Rosli, yang menuntut di Dublin, Republik Ireland,dalam bidang perubatan.Jika benar pemuda ini Ariff Alfian Rosli,maka terjawablah berita mengenai kehilangan seorang pelajar perubatan di Dublin seperti petikan berita mengenainya dibawah.
--------------------------------------------------------------------------------
Untuk pengetahuan anda petikan berita ini akan diikuti dengan gambar perkahwinan Ariff Alfian bersama pasangan gaynya yang tersebar meluas di internet.



KUALA LUMPUR 12 Dis. – Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak 3 tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).


“Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

“Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008),” katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.




Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada tahun 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

“Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.

“Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak 3 tahun lalu,” katanya.



Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

“Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula,” ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.


Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.
--------------------------------------------------------------------------------

Wajah Ariff Alfian (gambar kecil) dengan gambar pemuda berbaju melayu dalam perkahwinan gay ini, kelihatan sama. Kalau tidak silap pandangan mata saya. Jadi, konklusinya Ariff selamat! dan sedang berbahagia menikmati kehidupan dunia barunya.

Pada pandangan saya, apa yang terjadi ini pastinya memberi impak yang mendalam di hati rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu sendiri, kerana budaya melayu sudah terkenal seantero dunia dari segi, adat, kesopanan dan budi pekerti yang baik di  mata dunia. Tetapi ianya telah dicemari dengan perkara yang tak dijangka langsung akan berlaku.

Saya mula memeditasi relevan, kenapa pemuda ini harus mengenakan pakaian tradisi kebanggaan orang melayu di dalam perkahwinan sejenis yang terang-terangan melanggar fitrah kehidupan manusia. Apakah motif dan agenda yang sebenarnya untuk disampaikan?

Terlajak perahu boleh kita usahakan menariknya kembali, tapi kalau terlajak perbuatan? Walau bagaimanapun haruslah dijadikan pengajaran buat semua kerana sebagai penduduk negara Islam Malaysia kita perlu mematuhi undang-undang Islam dan undang-undang negara kita walaupun di mana jua kita berada terutamanya di luar negara.

“Kepada pemuda ini kami mendoakan agar pintu hati kamu terbuka dan sedar kesilapan yang anda lakukan ini. Semoga anda kembali ke pangkal jalan untuk menjalani kehidupan normal seperti yang telah difitrahkan.

Wallahua'lam.... 


.